Salam Semua..
Sihat ke? Musim hujan ni ramai yang demam..harap uols sihat la hendaknya..
Bicara kuasa..apa yang uols tau dan faham pasal bicara kuasa? bagi yang pernah lalui proses ni memang tau la..bagi yang belum pernah, meh saya cerita sikit..
Selasa 10/9/2013, saya dan beberapa penama telah dipanggil untuk menghadiri bicara kuasa harta pusaka..bicara kuasa ni melibatkan harta yang nilainya tidak besar..bicara kuasa ni akan diketuai oleh pentadbir tanah daerah di mana harta pusaka itu terletak..contoh macam saya, harta pusaka tu melibatkan tanah di kampung..jadi saya kena balik kampung..
For the record, bila sesuatu notis undang2 dihantar bagi memanggil bicara kuasa atau hearing case, wajib semua penama dalam notis tu hadir..kalau sorg pun tak datang, bicara kuasa tu akan terbatal..kalau memang tak boleh hadir, perlu refer semula pada pentadbir tanah tu apa option yang ada..ada beberapa borang perlu di penuhi dan ditandatangani dan mendapat approval majistret..ini kerana ketika bicara kuasa, semua penama perlu sebulat suara dengan keputusan yang diambil tanpa bantahan..so kalau tak percaya pada penama lain better hadir..
Dan saya ketika itu hadir bersama penama yang lain..alhamdulillah semua dapat hadir tanpa masalah..dan bicara kuasa berjalan lancar tanpa ada pergaduhan atau ketidakpuasan hati sesiapa..suka saya nak ulang kata2 pentadbir tanah tu iaitu, "semasa hidup ni selesaikan lah pewaris harta benda..kita tak tau bila kita mati..dan bila kita dah mati, selagi urusan harta kita tak diuruskan, roh kita tak tenang.." she's right..memang betul pun..buat la wasiat..takpe..even kita muda lagi..
Kita tak tau betapa pentingnya wasiat sampai la pemilik harta tu meninggal dan tak sempat wariskan harta pusaka..sedangkan anak masih ada..walaupun anak masih ada, belum tentu harta tu jatuh sepenuhnya pada si anak..macamana kalau ada org lain menuntut? macamana kalau harta tu dapat ke baitulmal?
So anything could happen..tak perlu buat wasiat kat amanah raya pun or bayar peguam..asal ada black and white or clear statement pasal wasiat cukup la..kita tak tau org sekeliling kita ni..even sedara mara..demi menjaga masa depan kita dan anak2 kita..tak salah tanya parents kita pasal wasiat..wasiat bukan tanda kita nak harta or nak cepat mati..tapi hanya sebagai penama kepada harta tu..
Ok la itu saja pasal bicara kuasa..babai uolsss....
No comments:
Post a Comment