Showing posts with label be serious. Show all posts
Showing posts with label be serious. Show all posts

Friday, March 8, 2013

sedekah

Salam Semua...

Apa khabar semuanya? harap semua sihat sejahtera hari ni..bagi yang tak berapa sihat pergi klinik amik mc ye..ala taktik nak cuti panjang kan..saya pun dulu biasa buat..hahahaha..tak baik betul..dah la di penghulu segala hari..huhu..harap Allah dan bos maafkan saya..tapi tu dulu la..now dah besar tanggungjawab takde dah buat perangai macam tu..hehe..

Hari ni nak buat entri pasal sedekah..salah satu amalan yang akan membantu kita selepas kita sudah meninggal dunia selain ilmu pengetahuan yang bermanfaat kita kongsi dan doa anak yang soleh..seperti Sabda Rasulullah SAW yang kita semua sayangi iaitu :-

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

Jadi, marilah kita mula bersedekah bagi yang belum pernah dan mari kita gandakan sedekah kita bagi yang dah selalu bersedekah..sedekah ni senang je..senyum pun dah dikira sedekah..apatah lagi menghulur sesuatu kepada yang memerlukan..





Cuba take 5 dan perhatikan sekeliling kita..officemate kita, classmate kita, adik beradik kita, kawan baik kita, saudara mara kita, jiran tetangga kita serta makhluk Allah yang lain..diantara mereka tu pasti ada yang perlukan bantuan atau sokongan dari kita..tak kira wang ringgit, pertolongan, sokongan, dorongan atau pun hanya sekadar doa..

Tak semestinya orang susah tu perlukan bantuan..kadang2 yang tak susah pun perlu bantuan..jadi sentiasa lah perhatikan sekeliling kita..kalau kita dah selalu bersedekah dengan orang terdekat, dan nak gandakan lagi sedekah kita, boleh la kita salurkan kepada surau, masjid, rumah kebajikan, rumah anak yatim, sekolah yang kurang mendapat bantuan serta keluarga2 miskin yang terdapat di sekitar kita..

Macam saya, saya hanya bersedekah dikalangan orang terdekat dan yang berada di sekitar saya..saya biasakan diri dengan tak meminta kembali bayaran yang saya dahulukan..saya selalu niat nak sedekah dan halalkan pertolongan saya tu..saya percaya ada sebab Allah tu gerakkan hati saya untuk membayar bagi pihak orang lain..mungkin itu rezeki dia..dan kalau orang tu ingat untuk membayar kembali, mungkin itu rezeki kita..

Saya selalu percaya gaji yang saya dapat setiap bulan ni bukan lah milik saya seorang..tapi milik orang lain juga..makin besar gaji kita, makin besar lah amanah dari Allah untuk kita bahagikan rezeki kita tu kepada orang lain..dan setiap kali memberi, kita perlu niat bersedekah dan redha dengan pemberian tu walaupun duit kita pun cukup2 makan time tu..jangan sesekali takut duit kita habis bila kita bersedekah..





Mungkin kita tak rasa besarnya nikmat bersedekah ni sehingga kita mengalaminya sendiri..cuba sekali kita beri sebahagian besar harta kita teutama wang ringgit kepada seseorang yang memerlukan dengan ikhlas dan niat bersedekah..dan apabila orang tu tak membayar kembali, kita halalkan tanpa rasa menyesal dan rugi..insyaAllah, Allah akan ganti duit kita tu dengan sesuatu yang lain..yang lebih baik dari sumber yang kita tidak sangka2..best kan..




Itulah the power of sedekah dan ikhlas dalam beramal jariah..bersempena hari jumaat penghulu segala hari ni, marilah kita semua bersedekah dengan rezeki kita yang ada..semoga Allah terima amalan kita dan kurniakan rezeki yang lebih baik pada kita..dan berterusan amalam kita tu sehinggalah kita meninggal dunia..

InsyaAllah..