Friday, February 15, 2013

cuti raya cina

Salam Semua..

Semua masih di dalam mood holiday lagi ke? hehe..mesti la kan..even saya pun sama..malas je rasa nak kerja kelmarin..tapi disebabkan satu panggilan telefon dari office hq terpaksa la datang kerja..planning nak amik mc je..huhu..tapi saya berjaya melawan pujuk rayu sisi malas saya..konon..kerja pun bukan 100% sangat la..lebih pada memenuhi kewajipan je hadirkan diri..

Ok cukup pasal hari malas..saya nak share pasal pengisian cuti cny..saya bercuti bermula jumaat-selasa yakni 8hb - 12hb feb..khamis malam saya pulang ke kampung tercinta iaitu benta, pahang..org kelantan tau la kampung saya ni..wajib dorg lalu benta untuk balik kelantan kalau ikut gua musang..hehe..perjalanan dah start jem kaya roti dah masa tu..tambah lagi ada kemalangan maut di raub..lama jugak stuck..sebab kemalangan macam baru berlaku..ambulans, bomba dan polis masih ramai di lokasi..so sampai rumah dalam pukul 11 lebih..ok la..still takdela berjam2..

Jumaat je saya dan keluarga mulai kesibukan kerana malam itu ada kenduri doa selamat..saya ke sana sini membeli barang dan membuat bermacam tugas..tak payah sebut la tugas apa..tugas biasa persiapan kenduri..penat tu toksah cakap la..penat bebenor kata org pahang..tapi penat ku telan jua..sebab malam tu baru permulaan..sabtu baru kenduri besar..iaitu kenduri menyambut menantu..


Pengantin dengan Pakcik2 dan Makcik2


Ehh..tetiba mak nak sambut menantu kan..anak mak 6 org ppuan je kot..celah mana sambut menantu pulak? hehehe..itu yang special..pengantin lelaki tu bukan la adik beradik saya..tetapi sepupu saya..mak saya offer nak buat majlis tu di rumah kami yang tak seberapa tu..best jugak host kenduri..dah lama rumah saya tak buat kenduri besar since kak teh saya kawin..

Alhamdulillah settle dah semua..harap agar semua tetamu dan keluarga sepupu saya tu berpuas hati lah dengan majlis yang kami organize tu..segala kekurangan harap dimaafkan..

Sehari selepas kenduri..Clean and clear..Tinggal khemah masak lauk je..


Usai majlis, kena kemas rumah pulak..by isnin semua dah settle..tinggal khemah dan barang pinjam je belum dipulangkan..saya pulang ke kl hari isnin petang..malam selasa tu tidur di seri kembangan kerana hari selasa kami ada plan ke sunway lagoon..hehehe..kami tu terdiri dari saya, kak de, kak long dan abg nizam..main macam2 sampai sakit badan..


kali kedua ke Sunway Lagoon


For the record, tiket masuk sunway lagoon tanpa mykad ialah rm120..kalau ada mykad hanya rm90..tapi saya dapat harga rm72 sahaja kerana abg ipar saya ada fun card..oh ye, lupa..sunway lagoon sekarang dah takde tiket limited..sekarang ni all in je..meaning beli tiket untuk masuk semua park..kalau dulu kan ada tiket limited untuk animal park sahaja, untuk wet park sahaja..ke memang dah lama macam tu? sebab last saya ke sunway lagoon pada tahun 2008 kot..hahahaha..ok itu saja aktiviti cny saya..


harga2 tiket masuk Sunway Lagoon terbaru


No comments:

Post a Comment