Thursday, March 7, 2013

spaghetti aglio olio

Salam Semua...

Sihat ke semua? harap sihat la ye..nak post pasal makanan la..yang saya rajin buat kalau terasa nak makan berat sikit..dan seperti biasa saya akan masak benda simple je..semua pun boleh buat..hehe..namanya spaghetti aglio olio..spaghetti tu sejenis mee pasta dari Italy..semua org tau..aglio tu bawang putih..olio tu minyak zaitun..so nama melayu bagi makanan ni ialah mee pasta bersama bawang putih dan minyak zaitun..hehehe..

Nama macam tak sedap je kan..semata bawang putih dan minyak zaitun..dahla minyak zaitun ada rasa yang kuat..bawang putih pun sama..kalau makan banyak badan berbau..tapi, saya suka minyak zaitun dan bawang putih..hehe..bukan la membesar kat obersee pun..tapi boleh masuk la dengan tekak saya..

Nak buat senang je..mula2, rebus spaghetti tu dalam periuk berisi air dengan di tambah secubit dua garam sampai masak..kalau boleh periuk tu jangan la periuk kecik yang korg masak maggi tu..biar la besar sikit..macam saya, saya didihkan air dulu..ada org tak didihkan pun..either way sama je..still masak spaghetti tu..cuma kalau didihkan tu cepat la sikit..dan tak payah letak minyak zaitun pun dalam periuk tu..membazir..

Tahap masak spaghetti tu depend kat korg la..ada yang suka liat, ada yang suka lembik dan ada yang suka perfection..ikut selera teka memasing..tapi saya suka perfection..saya akan keep on rasa sampai dapat rasa yang saya nak..habis 3,4 helai spaghetti jugak la saya makan nak bagi rasa masak tu..hahahaha..kemudian tapis tapi simpan sikit air rebusan tu untuk masuk dalam kuali just in case kering sangat..

Sementara tunggu air mendidih dan spaghetti masak, boleh potong besar2 bawang putih korg ikut portion spaghetti..macam saya, saya kira ikut kepala..kalau 4 org nak makan maka 4 ulas bawang putih..selain bawang putih, get ready minyak zaitun, chilli flakes (banyak jual kat pasaraya..kalau malas, pakai cili kering je..gunting2 sikit), lada benggala potong ikut suka (saya suka panjang2) , parsley flakes (ada yang fresh lagi baik) serta garam dan lada hitam..

Elok je spaghetti masak, panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun..make sure api slow je..just nice nak tumis bawang putih..tumis dalam 30 saat then masukkan chilli flakes/cili kering pulak..just cukup nak bagi bau naik, terus masukkan spaghetti tu ke dalam kuali..beserta air rebusan spaghetti..kemudian masukkan lada benggala..perisakan garam dan lada hitam..siap..tabur parsley..makan..


nampak pucat dan tak sedap je kan..tapi try buat sendiri dan rasa..


Tapi harus diingat, sentiasa masak dalam api yang slow..pertama, sebab tak mau bawang putih dan chilli flakes tu hangus..kedua, minyak zaitun memang takkan panas macam minyak biasa sebab kelikatan berbeza..dan saya suka masukkan lada benggala last sekali sebab nak rasa krup krap tu..hehe..ada jugak org lain masak cara lain iaitu tumis bawang putih, lada benggala dan chilli flakes je dalam kuali..pastu tuang ke dalam mangkuk berisi spaghetti dan udang yang telah direbus..pastu dorg gaul..huhu..depends..

Oh ye, korg boleh jugak masukkan udang/sotong yang dah direbus kedalam hidangan ni..saya time masak ni memang takde udang atau pun sotong..so masak kosong macam tu jela..ada yang letak macam2 lagi bahan tambahan nak bagi sedap..tapi pada saya, buat apa susah2 beli yang mahal dan jarang diguna..just guna bahan yang sedia ada didapur macam saya guna ni pun dah sedap dah..tapi wajib pakai minyak zaitun untuk dapatkan rasa asli pasta tu..

Selamat mencuba..



No comments:

Post a Comment